: : Kenapa agaknya kita meletakkan gambar seseorang atau sesuatu di friendster? : :
Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat kembali menulis blog ni..yang mana tak berbakat pun nak menulis.. saja2 conteng blog ni..moga dlm contengan tersimpan seni yang mudah2an Allah serlahkan kepada sesiapa yang inginkan manfaatnya..
Terfikir sejenak..kenapa agaknya kita meletakkan gambar seseorang sebagai page profile friendster..mahupun myspace?? atau mungkinnya gambar logo pasukan bola?? soalan yang sangat subjektif..tiada skema yang tepat..untuk menyatakan benar atau salah secara nyata barangkali..jawapannya berbeza bagi setiap individu..
Terkenang kembali dalam satu penyampaian oleh seorang doktor perempuan yg sgt dsegani..yang kata2nya sarat dgn peringatan islami..dia menegur hadirin yang hadir ketika itu..samada lelaki mahupun perempuan..tak ingat dgn jelas tiap butir ayatnya..tapi insyaAllah akan ku ringkaskn dlm post ni..dan tambahan dr saya..sekadar perkongsian..
Apabila kita meletakkan gambar2 untuk tatapan umum..apa agknya bisikan dlm hati kita..apa2 gambar pun..apabila alamt emel kita dinamakan dgn nama artis ataupun pasukan bola.. jadi apakah maknanya?? yang kita khuatirkn andai kita letakkan gambar artis..tampal di bilik ke..friendster ke..kerana kekaguman kita terhadap mereka..sedangkan ada antara mereka bukan islam..mahupun pasukan logo atau pemain bolasepak chelsea, manchester united..terlalu banyak koleksi kita..dan kita berasa gembira dan bangga memaparkannya..jadi apakah yang kita kagumkn sebenarnya?? perkara ni mungkin isu kecil.. tapi ia merebak.. dan sgt mmbimbangkan..yang mana sepotong kata2 sahabat Nabi s.a.w yakni Saidina Umar 1400 tahun dahulu..kian dilupakan dan tidak dketahui oleh umum..xigt sgt ayat exactnya sbb bermacam2 versi. maaf..tapi lebih kurang begini..
“Kita adalah bangsa yang dimuliakan dengan islam,”
Kerana merasakan kemuliaan yang wujud dalam islam..lantas saidina umar mengerahkan puluhan ribu tentera islam untuk menyebarkan islam ke seluruh negara..sehingga hampir 2/3 dunia menjadi tanah islam..sehinggalah meninggalnya saidina umar..perjuangan ni dteruskan oleh ramai lagi pemimpin islam..
Kita renung kembali bagaimana islam mula2 sekali datang ke tanah melayu..dan bagaimana pengislaman berlaku..pastinya anda semua belajar sejarah melayu zmn sekolah dlu..maaf la..sy ni tak pandai sgt hafal tarikh2..
Islam datang ke tanah melayu melalui para pedagang islam ketika berurus niaga dan perkahwian..bagaimana akhlak mereka yang membuatkan nenek moyang kita terpikat dgn islam?? ketika mereka tiba berlabuh d tanah melayu..selat melaka..mereka lantas menunaikan solat berjemaah d psisir pantai..dan membuatkan tanda tanya dlm diri rakyat yang rata2nya hindu ketika itu..
Mereka pun berniaga seperti kebiasaannya..tapi lebih jujur dlm timbangan (menurut buku teks sejarah..nnt semak la yer).. dan dtanyakan kepada mereka apa yang mbuatkn mereka jujur dlm timbangn, dan tak menipu dlm jual beli?? jawab mereka..kerana perintah agama dan hasil dr apa yang mereka lakukan d psisir pantai ketika tiba (yakni solat)..
Ingat kembali apa kata Saidina Umar, “Kita adalah bangsa yang dimuliakan dengan islam,”
Bagaimana pedagang yang mematuhi dan memuliakan islam..lalu dimuliakan..
Jadi bagaimana dengan kita sekarang..?? apakah kita merasa bangga dgn islam tatkala membiarkan artis2 yg terang2an melakukan dosa membuka aurat dll, ataupun pasukan bola yang pemainnya bukan islam?? jadi ketika ini..kita masih mmbiarkan mereka mnghiasi page2 kita hingga saat ni, apakah islam masih kita muliakan?? fikir2kn.. belum terlambat untuk membuang gambar2 tersebut..jika benar islam yang kita kagumkn..
“Kita adalah bangsa yang dimuliakan dengan islam,”
wallahu’alam..=)
yang baik drp Allah..yg lemah drp kelemahan sy sndri..
wassalam